Saturday, September 5, 2009

Ampunkan daku......

Satu kesalahan tersangat besar sebenarnya kalau kita membesarkan atau mengutamakan urusan makhluk lebih daripada tanggungjawab dan panggilan daripada Allah Subhanuhulla Ta'ala. Contohnya mudah, iaitu apabila berkemundang sahaja seruan azan...adakah muslimin segera pergi ke masjid atau surau utk berjemaah dan adakah muslimat di rumah-rumah atau di tempat kerja atau ipt segera menunaikan solat di tempat mereka? Itulah persoalannya.

 Saya pernah mendengar sebuah hadith dibacakan lebih kurang maksudnya sebegini: antara perkara yg tidak boleh dilambat-lambatkan ialah mengerjakan solat pd waktunya. Tanggungjawab ini ialah yg kedua selepas urusan menyegerakan pengurusan jenazah apabila ada kematian.

Tapi, saya sebenarnya juga tergolong dlm kalangan orang yg bersalah besar ini. Saya sering melambat-lambatkan utk ke masjid berjemaah apabila azan berkumandang, dan kadang-kadang tidak pergi. Saya lebih utamakan komputerlah, TV, dan sebagainya. Saya perlu sedar dan insaf yang saya mesti berubah.

Teringat pula kisah seorang sahabat yg menjaga solat berjemaah di masjid. Pernah suatu hari beliau sedang membina rumah, lalu azan berkemundang dan ketika itu hanya tinggal satu batu bata sahaja untuk siapkan rumah tersebut. Sahabat tersebut berasa sangat gementar dan mencampakkan batu tersebut dan segera berlari ke masjid utk solat. Beliau takut kalau pekerjaan dengan satu batu tadi menyebabkan beliau telah membesarkan makhluk daripada Allah Ta'ala. Begitu sekali kan para sahabat!
Ampunkanlah aku Ya Allah, sesungguhnya Maghfirah itu milikMu Ya Allah......

No comments:

Post a Comment